104 HÜMEZE

  • 104:1

    Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,

  • 104:2

    Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;

  • 104:3

    Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!

  • 104:4

    Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".

  • 104:5

    Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?

  • 104:6

    (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -

  • 104:7

    Yang naik menjulang ke hati;

  • 104:8

    Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.

  • 104:9

    (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.

Paylaş
Tweet'le